15hb September 2006
YB Dato' Sri Chan Kong Choy
Menteri Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
Aras 5 & 7, Blok D5, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62616 Putrajaya
YB Dato’ Sri,
STESEN BERIKUT - SUBANG JAYA
Dengan hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.
Pengumuman yang dibuat baru-baru ini oleh Timbalan Perdana Menteri yang kami hormati, YB Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 30hb Ogos 2006 dimana beliau telah mengumumkan bahawa Putra LRT yang tamat di Kelana Jaya akan disambung ke Subang Jaya dan USJ telah membawa kegimbiraan kepada ramai penduduk-penduduk di kedua-dua kawasan perumahan tersebut.
Kami telah lama menunggu pengumuman ini dan kesusuaian masa ini membawa petanda yang baik kepada penduduk-penduduk komuniti ini dan pembangunan lanjut di kawasan Lembah Kelang ini.
Komuniti di Subang Jaya dan USJ amat gembira bekerjasama dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) untuk mengenalpasti tempat yang paling sesuai untuk dijadikan stesen tersebut.
Kami, dengan rendah hati, ingin mencadang supaya :-
1) Penyambungan Putra LRT ke Subang Jaya di “interface” dengan KTM Komuter yang sedia ada.
2) Stesen di bina berdekatan dengan pusat membeli-belah seperti Subang Parade/
Carrefour, Sunway Pyramid atau Summit. Selain daripada mempunyai densiti
trafik yang tinggi, pusat membeli-belah tersebut juga mempunyai tempat letak
kereta yang mencukupi untuk pengguna LRT.
3) Sebilangan stesen juga patut dibina di tempat yang stretejik.
Kami melampirkan di sini peta yang menunjukan cadangan laluan sambungan LRT di Subang Jaya / USJ yang kami yakin akan membawa manfaat kepada penduduk-penduduk serta peniaga-peniaga bersama.
Kami sedia menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk perbincangan lanjut dengan Kementerian YB Dato’ Seri atapun Syarikat Prasarana Negara Berhad.
Sekian, didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang berkhidmat
Signed
......................................................
YB DATO’ LEE HWA BENG
ADUN Subang Jaya
Signed Signed
................................................. ............................................
Dr Mohd Zam Zam bin Jaafar En Gilbert Yeoh
Pengerusi JKP Zon 1 Pengerusi JKP Zon 2
Signed Signed
................................................. ............................................
En Yeoh Poh Choon En Goh Hai Thun
Pengerusi JKP Zon 3 Pengerusi JKP Zon 4
Signed
.................................................
En Kamaruddin Rasol
Pengerusi JKP Zon 5